8, 7, 2 sebab tarikh lahir aku 17/07/1994. Walaupun aku tak berapa paham kenapa jadi 8, 7, 2 tapi maksud setiap nombor macam kena ja kira aku iakan jela... haha
nombor2 tu bukan lah nombor ekor untuk korang pergi beli (haram tu) tapi nombor tu mewakili ni.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8
Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).
Sudut pandang aku:-
Pro: Aku memang aktif dalam kawan-kawan aku dan jumlah kawan-kawan aku tu bukan dalam kelompok kecil tapi besar sangat dan aku mengaku aku memang mudah terkenal dalam kelompok tu (perasan hehe :3). Kadang-kadang aku jadi pendiam, konservatif (aku tak tahu pun ape maksud bnda ni) dan pasif bukan sebab aku malu tapi aku tengah memikirkan sesuatu sebelum aku kembali menggila.>.<
Bertanggungjawab dan sngat bermoral itu sudah tentu.. hehe dan semesti aku boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah ni aku tak berapa pasti sebab aku susah nak serius. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain ini masa kecik2 dulu selalu jugak memainkan orang.. haha
Kontra: Memang tak jelas pun pe aku nak buat sebab kalau orang tanya cita-cita aku pun, aku tak suka jawab.. haha nampak kuat secara luaran (itu sudah semestinya, I'm katang :P) tapi berhati sensitif yang ni betul aku memang berhati sensitif tapi jangan risau aku selalu tak ambik hati pun. Berhati-hati tu pun dah sama tapi percaya pada pandangan diri tu tak berapa sangat kot kalau tidak aku dah dapat 100% untuk LK masa SPM lepas tapi sebab tak yakin jeling sahabat aku kat sebelah dia buat lain jadi aku pun buat macam dia jadi kurang la 6% (still A+ alhamdulillah la.. huhu) Membuang masa dengan hiburan dan jatuh ke jurang kegagalan tu no komen.. hehe






